Ca2on9

Wellcome…Enjoy Staying Here !!!

Pengenalan – Cukai

Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan M’sia…setiap pendapatan yg diperolehi di Malaysia hendaklah dikira akan cukai…sekiranya layak. Oleh yg demikian…setiap entiti perniagaan perlu melaporkan kpd LHDN setiap tahun ..iaitu selewat2nya 6 bulan selepas tarikh tutup kewangan.

Ketika ini sesuatu entiti perlulah …

  • Bagi Individu = Perlulah mengembalikan Borang BE
  • Bagi Pemilik Tunggal = Perlulah mengembalikan Borang B
  • Bagi Perkongsian =  Perlulah mengembalikan Borang P
  • Bagi Sdn. Bhd. = Perlulah mengembalikan Borang C, Borang R
  • Borang E dan Borang EA bagi kegunaan pekerja atau yg mendapati Gaji Tetap.
  • Membuat pengistiharan /pembayaran CP 204A

June 6, 2008 Posted by mohdradzi | Taxation | | 1 Comment

Pengenalan – Audit

Setiap Sykt. Sdn. Bhd. dan Berhad perlulah diaudit. Mengikut Akta Syarikat 1965 setiap Syarikat apabila telah menutup akaun mereka untuk diaudit iaitu untuk 12 bulan. Sebagai contoh sekiranya Sykt. ABC Sdn, Bhd. mempunyai tarikh tutup kewangan setiap 31 Disember…maka perlulah menyiapkan akaun mereka untuk diudit sekurangnya 60 hari dari tarikh kewangan ditutup. Maka pada 1 March akaun mereka telah boleh diaudit pada tahun kewangan semasa.

Kegagalan untuk diaudit akan memberikan beberapa implikasi terhadap Sykt. Antaranya:

  • Disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 169 Akta Syarikat
  • Tak boleh hendak membentangkan Laporan Kewangan Beraudit pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)
  • Tak boleh membuat pelaporan dan pengiraan cukai Sykt pada tahun tersebut
  • Sekiranya syarikat membuat pinjaman daripada pihak kewangan seperti Bank dan CGC…mereka memerlukan Penyata Kewangan diaudit bagi membolehkan pihak kewangan meneruskan kemudahan yg diberi diteruskan. Contoh kemudahan Overdraft (OD)
  • Penalti yg akan ditanggung iaitu dari SSM dan LHDN dsb.

stitch.jpg

June 6, 2008 Posted by mohdradzi | Audit | | No Comments Yet

Pengenalan – Akaun

Setiap entiti perniagaan..samada Enterprise (Entp), Partnership, Sykt Sdn. Bhd., Koperasi dsb…perlulah menyediakan akaun yg. lengkap. Akaun yg. lengkap merangkumi :

  • General Ledger (Lejar Am)
  • General Journal (Lejar Journal)
  • Trial Balance (Imbang Duga)
  • Income Statement (Akaun Untung Rugi)
  • Balance Sheets (Kunci Kirak-kira)
  • Accounts Receivables (Akaun Penghutang)
  • Accounts Payables (Akaun Pemiutang)
  • Specialise Accounts (if any) ie..Akaun Projek, Akaun JV dsb.

Menyediakan akaun merupakan satu tanggungjawab dan ianya terikat dalam Akta samada Akta Perniagaan mahupun Akta Syarikat. Didalam Akta Syarikat 1965…Pengarah bertanggungjawab dalam menyediakan akaun sepenuhnya. Malah akaun Sykt. perlulah disimpan sekurang-kurangnya 7 tahun.

Akaun juga amat penting dalam pekara percukaian. Oleh yg demikian sentiasa beringat dan berhati2 dalam pekara asas ini.

June 6, 2008 Posted by mohdradzi | Accounts | | No Comments Yet